PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

31 August 2013

LAPORAN PENUH IHRAM PROJECT 2013 @ YAYASAN AL-KHALIFAH



IHRAM PROJECT 2013 adalah penjenamaan semula program Ihya Ramadhan Bersama Masyarakat Minoriti (Muallaf Orang Asli) bagi tahun 2013/ 1434H di bawah pengurusan NGO Yayasan Al-Khalifah serta bekerjasama dengan rakan strategik NGO Islam lain.

Pihak IHRAM PROJECT telah berjaya menjalankan 3 Kempen sempena Ramadhan iaitu: 'KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS', 'KEMPEN IFTAR/BERBUKA PUASA: TAJA 1 RINGGIT UNTUK 1 MUALLAF ORANG ASLI’ dan ‘KEMPEN TAJAAN TERBUKA’.

KAMPUNG ASLI TERLIBAT DALAM IHRAM PROJECT (50 buah):

1.Kelantan : Gua Musang
Pos Brooke-Kg Penangau,Kg Jerdip, Kg Mendrop,Kg Kingkong,Kg Insept, Kg Jelgel, Kg Sengsang, Kg Kuala Rengil,Kg Sigar,Kg Liak.
Pos Balar-Kg Perawas,Kg Balar Lama,Kg Dakoh,Kg Balyek,Kg Ipes,
Pos Belatim- Kg Belatim,Kg Peng,Kg Tembaga
Pos Blau-Kg Selayek, Kg Blau, Kg Om
Pos Tuel-Kg Tuel,Kg Pelug,Kg Hanir,Kg Kerbuk,Kg Ber
Kuala Betis- Kg Galas Setia
Kg Kuala Lah
2.Perak: Sg Siput
Pos Kuala Mu-Kg Bersah,Kg Kuala Mu,Kg Gapeh Hulu,Kg Gapeh Hilir,Kg Toi
Pos Yum- Kg Kotai, Kg Beswok, Kg Pawong,Kg Husin,Kg Tonggang,
Slim River- Kg Chinggung,Kg Checain
3.Pahang : Cameron Highland- Kg Teji, Kg Abu, Kg Susu
4.Johor : Kota Tinggi-Kg Sayong Pinang, Kg Pasir Intan,Kg Kempas
5.Terengganu :Besut-Kg Sg Sayap
6.Kedah : Baling-Kg Lubuk Legong
7.Selangor : Gombak- Kg Batu 12,Kg Batu 16
8.Hospital : Hospital Kuala Krai Kelantan, Hospital JAKOA Gombak

SUMBANGAN IHRAM PROJECT:
Alhamdulillah, Kutipan nilai sumbangan yang diperolehi sepanjang kempen IHRAM PROJECT adalah dianggarkan sebanyak RM 79,000 (termasuk nilai tunai dan nilai fizikal sumbangan).

Al-Khalifah Foundation = RM 24,004.00
Admin IHRAM Project = RM 8,785.30
Nilai Sumbangan yang diberi secara fizikal dalam program (beras, beg sekolah, pakaian solat, zakat dan lain-lain lagi) = RM 46,150.70

KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS (KSSB):

Jumlah Beras Pek (5 kg) = 890 pek
Jumlah Kilogram= 4,450 Kg

KEMPEN TELEKUNG & PAKAIAN SOLAT:
Telekung = 235 set
Kain batik = 125 helai
Kain Pelikat = 115 helai
Sejadah = 55 helai
Kopiah = 100 buah

PROGRAM IHRAM PROJECT:

MINGGU PERTAMA RAMADHAN:
9- 12 Julai 2013 : Program Ihya Ramadhan Pos Hau,Pos Balar, Pos Belatim, Gua Musang Kelantan
12-14 Julai : Program Iftar dan 'Smart Solat' bersama sukarelawan (Kg Kuala Lah, Gua Musang)
10-12 Julai : Program Solat terawikh di Kg Asli Bukit Kala,Batu 12 Gombak Selangor
12 Julai : Ziarah Kg Asli Batu 16, Gombak Selangor
14 Julai : Program Iftar Kg Asli Galas Setia,Gua Musang Kelantan
14 Julai: Program penyerahan Sumbangan Ramadhan ke Kg Pawong, Pos Slim Perak
14 Julai: Program penyerahan sumbangan Ramadhan ke Kg Salyek,Pos Blau Gua Musang Kelantan
10 Julai-14 Julai :Program Iftar Ramadhan (tajaan sebulan) di Kg Asli Kuala Lah, Gua Musang Kelantan.
9-14 Julai: Program Madrasah Ramadhan (4 Orang pelatih Orang Asli)

MINGGU KEDUA RAMADHAN:
15-18 Julai 2013 : Program Terawikh di Kg Orang Asli Bukit Kala Batu 12 Gombak
15-16 Julai 2013: Program penyerahan sumbangan Iftar ke Pos Tuel, Gua Musang Kelantan
17 Julai 2013 :Program penyerahan Sumbangan Ramadhan kepada penduduk Muallaf Kg Orang Asli Batu 16, Gombak
19-21 Julai : Program Ekspedisi 4x4 Ramadhan di Pos Kuala Mu, Sg Siput Perak bersama media TV3,Alhijrah, TNB Janamanjung dan gabungan NGO.
20-21 Julai : Program Iftar Ramadhan di Kg Teji & Kg Abu, Kg Susu Cameron Highland, Pahang (bersama UIAM)
15-21 Julai: Program Iftar Ramadhan (tajaan sebulan) di Kg Asli Kuala Lah, Gua Musang Kelantan
15-21 Julai: Program Madrasah Ramadhan (4 Orang pelatih Orang Asli)

MINGGU KETIGA RAMADHAN:
22-26 Julai 2013 : Program Terawikh di Kg Orang Asli Bukit Kala Batu 12 Gombak Selangor
25-28 Julai : Program Nuzul Quran dan pemberian Zakat di Pos Brooke dan Pos Tuel Gua Musang Kelantan (bersama RCMP Perak & Masjid Damansara)
25-28 Julai : Program Iftar Ramadhan di Kg Tonggang dan Kg Husin, Perak (bersama UIAM)
25 Julai:Program sumbangan Ramadhan 'kurma' pada pelajar Orang Asli Asrama Seri Wangi, Gua Musang.
26 Julai: Program penyerahan 'Sumbangan Ramadhan' ke Pos Blau, Gua Musang kelantan
27 Julai : Program penyerahan 'Sumbangan Ramadhan' ke Kg Asli Sg Sayap, Besut Terengganu
27 Julai :Majlis Berbuka Puasa Dan Pengislaman Masyarakat Orang Asli & Saudara Baru Peringkat Negeri Kelantan 2013 JAKIM di IOA Kok Lanas
22-28 Julai: Program Iftar Ramadhan (tajaan sebulan) di Kg Asli Kuala Lah, Gua Musang Kelantan
22-28 Julai: Program Iftar Ramadhan (tajaan sebulan) di Pos Tuel, Gua Musang Kelantan
22-28 Julai: Program Madrasah Ramadhan (4 Orang pelatih Orang Asli)

MINGGU KEEMPAT RAMADHAN:
29 Julai-2 Ogos 2013 : Program Terawikh di Kg Orang Asli Bukit Kala Batu 12 Gombak Selangor
29 Julai: Penyerahan sumbangan Ramadhan ke Kg Penangau & Kg Insept, Lojing
29 Julai:Program bersama TNB G Musang & YADIM di Kg Asli Kuala Lah Gua Musang Kelantan
30 Julai: Penyerahan sumbangan Ramadhan ke kg Chinggung ,Kg Checain, Slim River Perak
30 Julai: Program 'Sedarak' Hospital Kuala Krai Kelantan
31 Julai: Program 'Sedarak' Hospital JAKOA Gombak Selangor
31 Julai: Program Iftar di SMK Sri Wangi Gua Musang Kelantan
2 Ogos : Program 'Sumbangan Ramadhan' dan Projek Bubur Lambuk ke Kg Asli Lubuk Legong, Baling kedah
2 Ogos : Program iftar dan solat terawikh di Masjid Alwi, Perlis bersama saudara baru orang Asli (peserta Madrasah Ramadhan IP)
2 Ogos : Program 'Sumbangan Ramadhan' ke Kg Asli Sayong Pinang, Kg Pasir Intan dan kg Kempas Menang, Kota Tinggi Johor
4-5 Ogos: Program penyerahan sumbangan persediaan Sambutan Syawal ke Pos Brooke (10 buah Kampung) dan Pos Blau (3 kampung) Gua Musang Kelantan
28 Julai - 4 Ogos : Program Iftar Ramadhan (tajaan sebulan) di Kg Asli Kuala Lah, Gua Musang Kelantan
28 Julai - 4 Ogos : Program Iftar Ramadhan (tajaan sebulan) di Pos Tuel, Gua Musang Kelantan
28 Julai - 4 Ogos : Program Madrasah Ramadhan (4 Orang pelatih Orang Asli)

MINGGU KE 5 (PERSEDIAAN RAYA SYAWAL):
7-10 Ogos : Program Raya 1 Syawal di Pos Balar, Pos Belatim & Pos Bihai, Gua Musang Kelantan

PENGISLAMAN:

Sepanjang kempen IHRAM Project seramai 16 orang Asli telah memeluk Islam semasa program.

Tarikh pengislaman (21 Julai & 27 Julai)
Kelantan:
Pos Tuel (Kg kerbuk,Kg Ber, Kg Pog Baru) = 14 orang
Pos Balar (Kg Ipes) = 2 orang
JUMLAH = 16 Orang

Di majlis Pengislaman di Kota Bharu di IOA Kok Lanas anjuran JAKIM (27 Julai) seramai 36 orang yang telah memeluk Islam. Sebahagiannya adalah daripada Orang Asli yang telah diIslamkan tim IHRAM Project dalam program (seramai 13 orang). Sebahagian lain adalah dari pelajar Orang Asli SMK Sri Wangi Gua Musang.

MADRASAH RAMADHAN 2013:

Seramai 4 orang asli (1 dari Pos Tuel & 3 Pos Balar) dilatih berkerja dan menjalani latihan ibadah puasa sepanjang ramadhan. Alhamdulillah, berkat program ini 2 daripada mereka yang tidak memeluk Islam sebelum ini telah mengucapkan syahadah.

PENUTUP:

Justeru, infiniti ucapan kesyukuran dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat terutama para dermawan,media dan sukarelawan IHRAM Project @ Yayasan Al-Khalifah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Maka, bersamalah kita menghidupkan hari raya Aidilfitri kali ini dengan penuh rasa taqwa hasil dari ketaqwaan bulan Ramadhan .

Sesungguhnya “Dengan Taqwa Lebaran Lebih Bermakna”.

Salam Ikhlas,
Nor Azhar bin Mohamed
Pengarah IHRAM Project @
Pengurus Pembangunan Yayasan Al-Khalifah
011 11317842

Gambar program di setiap perkampungan yang terlibat dengan IHRAM Project boleh rujuk dalam page: https://www.facebook.com/YAK.IHRAM.Project @ https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah




0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...