PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

30 December 2012

EKSPEDISI BERAKIT & KHIDMAT MASYARAKAT ORANG ASLI 1 UniKL, SG. NENGGIRI DAN KG. TOHOI, GUA MUSANG,KELANTAN

5-9 Disember 2012- Ekspedisi Berakit Dan Khidmat Masyarakat Orang Asli 1 Unikl, Sg. Nenggiri Dan Kg. Tohoi, Gua Musang, Kelantan yang sangat menarik dengan kepelbagaian aktiviti lasak selama 5 hari tersebut.

Program melibatkan 6 buah cawangan Unikl seluruh Malaysia iaitu RCMP,MIMET, BMI,MICET, MIIT dan MFI dengan penyertaan lebih kurang 118 peserta mendapat kerjasama padu dari Bomba, JPAM dan Polis.

Hari Pertama:
Peserta ekspedisi berkumpul di UniKL BMI untuk pendaftaran dan taklimat kemudian kesemua peserta berlepas daripada Kuala Lumpur dengan menaiki Keretapi Ekspress Wau KL-Gua Musang pada waktu malam dan sampai ke Gua Musang pada Subuh.

Hari Kedua:
Ekspedisi menuju ke Kuala Betis bagi check point pertama. Sesi pagi,peserta didedahkan dengan penerangan pengajaran cara-cara membuat rakit dan langkah keselamatan di dalam air.Selepas tengahari bermulalah dayungan rakit sejauh 20 km daripada kuala betis sehingga ke Chek Point 2 iaitu Gua Cha dan sampai pada pukul 6 petang.

Hari Ketiga:
Aktiviti santai bermain paintball dan abseiling di kawasan Gua Cha serta juga aktiviti memancing di Sg Nenggiri. Malam diadakan pula taklimat berkaitan kesihatan oleh profesor Karim (RCMP) dan juga taklimat program khidmat Masyarakat bersama Orang Asli Pos Tohoi oleh Sdr Azhar (YAK) dan penyelaras RM3-RCMP.

Hari Keempat:
Program Khidmat Masyarakat Orang Asli oleh Pasukan Rural Medical Mobile Mission [RM3], UniKL RCMP pemeriksaan kesihatan bergerak Kampung Orang Asli  Kg. Tohoi (Check Point 3), kesedaran kebersihan, kajian tahap kesihatan, kesedaran pendidikan, sukaneka, gotong royong, pengagihan barangan sumbangan, kenduri bersama penduduk kampung dan program motivasi kepada penduduk orang asli).

Hari Kelima:
Ekspedisi berakit ke check point ke 4 iaitu iaitu sejauh 60 KM ke Kg Star tetapi gagal melakukannya kerana pelbagai eksiden sepanjang perjalanan yang melambatkan  perjalanan rakit. Terdapat rakit-rakit peserta yang patah,bocor dan sebagainya. Ekspedisi berakhir di Pos Pulat dengan kekurangan 10 KM perjalanan dari check point 4. Namun perjalanan keluar daripada Pos Pulat dengan melalui jalan offroad selama 2 jam ke pekan Gua Musang.

Gambar gambar album penuh program boleh dikunjungi di sini

1 komen:

Anonymous said...

salam...sy berminat dengan aktiviti di sungai neggiri nie..boleh sy tw nk contact org yg berkaitan di sane cmne?

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...