PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

06 November 2012

KEMBARA ASLI KE-4 (POS BIHAI, POS BELATIM DAN POS BALAR) BERSAMA KUIS




Kepimpinan tertinggi Sekretariat Latihan Kepimpinan Dan Ta’aruf, Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menganjurkan program Kembara Asli buat kali ke 4 berturut-turut pada tahun ini iaitu pada 19-24 Oktober yang lalu. Kembara Asli ke-4 menjadi program penutup bagi tahun 2012 oleh pihak sekretariat dan merupakan 'program mega' kerana meliputi 3 perkampungan besar iaitu pos Bihai,Pos Belatim dan Pos Balar kerana program sebelum ini hanya melibatkan salah satu perkampungan sahaja.

Dengan kekuatan 27 para sukarelawan KUIS dan dibantu pegawai dari Yayasan Al-Khalifah bersama-sama menggembeling tenaga menjayakan Ekspedisi Kembara Asli Ke-4 yang berlangsung selama 6 hari.

Ekspedisi kembara yang menggunakan 6 buah pacuan empat roda, membawa sukarelawan ke pedalaman 'offroad' sejauh 180 kilometer ke dalam belantara banjaran titiwangsa.

Kesukaran pergi dan balik dengan pelbagai dugaan dan ranjau perjalanan memberikan pengalaman yang sangat bernilai kepada para peserta. Perlu menukar haluan yang jauh daripada masuk ke Pos Balar dulu kepada laluan Pos Bihai kerana jambatan sedang dibaikpulih, kemudian bermain selut untuk menarik kereta yang tersangkut, sehingga makan masakan berlauk yang dimasukki air hujan sudah pasti tidak dapat dilupakan para peserta.

Apatah lagi, program di Pos Bihai tidak dapat dilaksanakan dengan sewajarnya kerana penduduk masih berkabung dengan kematian seorang penduduknya membuatkan perubahan plan program terus ke Pos Belatim demi menghormati penduduk di situ. Namun atas sifat persaudaraan yang terjalin sebelum ini, kunjungan hormat dan ramah mesra masih dijalankan oleh beberapa pegawai dan pengurusan tertinggi sekretariat dan menyampaikan takziah kepada penduduk kampung.

Beralih ke Pos Belatim, suasana berubah kerana penerimaan penduduk amat baik sekali. Di sini peserta membuat program selama 2 hari dengan pelbagai aktiviti yang menarik bersama penduduk kampung seperti sukaneka rakyat dan pertandingan takraw,berhias diri, membuat perca dari kain terpakai, masakan tradisional penduduk nasi dan ayam dalam buluh,peserta dibawa mengikuti aktiviti penduduk ke ladang,kenduri, malam kebudayaan dan banyak lagi. Alhamdulillah, penduduk di sini memberi sokongan penuh akan aktiviti yang dijalankan oleh peserta.

Pada hari terakhir, peserta berpindah ke kampung terakhir sebelum berangkat keluar iaitu kg Balar Lama, Pos balar. Di sini hanya sehari sahaja dan peserta lakukan aktiviti yang serupa di Pos Belatim di sini. Di sini,aktiviti tambahan adalah melukis mural di atas canves bersama penduduk kampung.

Alhamdulillah, akhirnya Ekspedisi Kembara Asli Ke-4 ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Semoga sikap 'peduli ummah' dapat diterapkan kepada para peserta dan akan membuat lawatan susulan selepas ini. Insya Allah.






















0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...