PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

30 October 2012

PROGRAM ' WE LOVE, WE CARE' HOSPITAL ORANG ASLI GOMBAK SELANGOR



12 Oktober 2012: Pihak Yayasan Al-Khalifah telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Perkim Kebangsaan menganjurkan program ' Ziarah Dan Ramah Mesra Dakwah Bil Hal' di Hospital Orang Asli Gombak Selangor. Dengan berslogankan 'We Love,We Care', program ini turut dibantu oleh sukarelawan muda daripada Kelab Sekretariat Perkim UIAM Gombak.

Hospital JAKOA mengumpulkan pesakit Orang Asli dari seluruh Malaysia di mana di sini menempatkan hampir semua suku (18 suku kaum orang Asli) di Semenanjung. Hospital ini mengandungi empat wad dan menempatkan 166 katil yang terdiri daripada Wad Umum, Wad Ibu Mengandung, Wad Kanak-Kanak dan Wad Tibi dan Kusta.

Hospital JAKOA memberikan perkhidmatan kepada semua pesakit Orang Asli dan mengamalkan konsep ‘Family Admission.’ Maka sebuah ‘Pusat Transit’ dibina di dalam kawasan hospital. Pusat Transit ini diisi dengan perkhidmatan Kecemasan dan Hemodialisis selain menyediakan transit untuk mereka yang mengiringi pesakit.

Aturcara majlis bermula semenjak pagi lagi iaitu modul bersama kanak-kanak di pusat transit dan tadika orang Asli Batu 12 di mana dianjurkan permainan sukaneka yang dikendalikan oleh sukarelawan Sekretariat PERKIM UIAM Gombak. Manakala untuk wanita dewasa diadakan modul membuat perca daripada kain terbuang dan mengubah bunga.

Selepas solat jumaat, adalah acara kemuncak di mana Ziarah dan pemberian sumbangan di wad -wad pesakit yang mengandungi 4 wad iaitu Wad Umum,Wad Ibu mengandung,Wad kanak-kanak dan Wad Tibi dan Kusta bersama Dato’ Hj. Hasbullah L. Isa, Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM Kebangsaan, Dato Dr Hj Abdul Razak B Hj Kechik, Pemegang Amanah Yayasan Al-Khalifah, Tuan Hj. Abdul Hanif Harun selaku Pengarah Dakwah Perkim Kebangsaan dan juga sukarelawan Yayasan Al-Khalifah.

Aturcara Petang

Aturcara Pagi

 

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...