PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

27 September 2012

PROGRAM 'HARI MALAYSIA' DI KG KUALA RENGIL DAN KG PENANGAU, G MUSANG KELANTAN



14-16 SEPTEMBER 2012- Bersempena sambutan perayaan 'Hari Malaysia' pihak Yayasan Al-Khalifah telah menganjurkan program di dua perkampungan asli iaitu kg Kuala Rengil dan Kg Penangau. 

Kg Kuala Rengil masih terpeliharan keindahan alam semula jadinya dengan persekitaran hutan yang menawan. Keadaan sukar menyeberangi jambatan yang usang dan condong ke kampung Kuala Rengil yang langsung tiada hubungan jalan raya memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan para sukarelawan. Manakala Kg Penangau merupakan kampung yang berada betul-betul di Sempadan dua negeri iaitu Kelantan dan Pahang yang suhu sejuk di sana menyamai Cameron Highland.

Aktiviti merapatkan hubungan dengan kalangan Saudara Baru Orang Asli benar-benar menggamit hubungan mesra antara sukarelawan dan penduduk kampung. Dengan sikap ramahnya Orang Asli di kedua-dua kampung tersebut membantu sukarelawan melancarkan program pada hari tersebut. Pelbagai aktiviti diadakan seperti sukaneka, kenduri , tayangan, perbincangan masalah kampung dan banyak lagi tenyata memberi impak kepada hubungan kedua-dua belah pihak antara penduduk kampung dan masyarakat Orang Asli.

Jalan 'offroad' yang tidak begitu sukar memberikan pengalaman manis kepada salah seorang aktivis Yayasan Al-Khalifah iaitu Cik Sabariah yang dapat mengendalikan kenderaan pacuan empat roda ke kawasan perkampungan tersebut dengan baiknya. Semoga ukhwah yang disemai mampu mengukuhkan semangat integrasi kaum di Malaysia ini.

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...