PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

05 July 2012

PROGRAM BERSAMA HOSPITAL KPJ PERDANA (POS BIHAI), MRA (KOA BATU BALONG) ,POS KUALA MU DAN POS BERSIH



Kelantan

26-28 Jun 2012-Program Tanggungjawab Sosial Korporat @ Corporate Social responsibilty (CSR) yang dianjurkan bersama oleh Hospital Pakar KPJ Perdana Kota Bahru dan Yayasan Al-Khalifah telah berlangsung dengan meriah baru-baru ini di Sekolah Kebangsaan (Orang Asli) Pos Bihai.

Program yang dihadiri oleh beberapa orang doktor, jururawat dan kakitangan sokongan hospital  mengadakan beberapa slot iaitu:

i) Slot Motivasi UPSR
ii) Pemantauan dan Rawatan Perubatan Asas
iii) Demonstrasi penjagaan kebersihan diri (pelajar Sekolah Bihai)
iii) Gotong Royong membersihkan kawasan sekolah
iv) Ucapan dan penyampaian 'cek sumbangan' untuk membina tandas Sekolah Pos Bihai
v) Sukaneka
vi) Karaoke


28 & 29 Jun 2012- Pihak Yayasan Al-Khalifah turut singgah ke beberapa tempat sebagai lawatan kunjungan mesra iaitu di Kg Langsat, Pos Tohoi dan Kg Penangau (Sempadan Cameron Highland /Lojing) Pos Brooke, Gua Musang.


Pahang

30 Jun & 1 Julai 2012- Pihak Yayasan Al-Khalifah sebagai 'Sahabat' Malaysian Relief Agency (MRA) turut bersama bagi menjayakan Program Komuniti Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Batu Balong, Bentong Pahang. Projek kali ketiga MRA bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi penyambungan Bekalan Elektrik ke perkampungan Orang Asli di mana sebelum ini telah diadakan di Pos Bersih,Slim River,Perak dan Kg Songkok, Hulu Selangor.

Majlis turut dirasmikan oleh pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 1) Bahagian Pembahagian TNB, Yg Bhg Datuk IR. Mustafa bin Din. 

Majlis perasmian juga turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik bersama penduduk kampung seperti tayangan gambar, persembahan 'puppet show' berkenaan tema elektrik, rawatan kesihatan percuma kepada penduduk dan banyak lagi.


Perak

2-4 Julai 2012- Kunjungan 2 hari 1 malam ke Pos Kuala Mu, Sungai Siput  Perak yang diketuai oleh Dato Dr Razak sendiri adalah untuk memberikan sumbangan dan mengambil statistik terkini penduduk Islam di sekitar Pos Kuala Mu. 

Kehadiran pihak yayasan ke sana untuk turut serta bersama satu 'jemaah tabligh' yang dihantar oleh JAKIM beramah mesra bersama penduduk kampung. Kami menyediakan logistik untuk membawa mereka keluar daripada Pos Kuala Mu. Alhamdulillah, keadaan terkini jalan ke Pos Kuala Mu amat baik kerana sudah diselenggara dan dibaikpulih oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk kemudahan laluan penduduk kampung.


4 & 8 Julai 2012- Lawatan ke Pos Bersih, Slim River telah 2 kali dilakukan  untuk melawat balu allahyarham 'Pak Mat' (kisahnya  klik 'sini') dan keluarga sambil  meninjau keadaan terkini Pos Bersih untuk persediaan program mendatang.


1 komen:

Anonymous said...

terharu mengenangkan arwah pak mat di pos bersih dahulu

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...