Sumbangan dan sukarelawan diperlukan bagi perjalanan Program bahagian unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah. Sumbangan anda boleh mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun
Al-Khalifah Foundation : 564016118396 _____________________________________________________________________

19 January 2012

XPDC DAKWAH 'MONSUN TRAIL' POS BALAR

Ekspedisi 'monsun trail' dakwah perdalaman Pos Balar Gua Musang (Jalinan Mesra Integrasi Asli), 23-27 Disember 2011 yang lalu mendapat kerjasama dari pelbagai pihak seperti Yayasan Al-Khalifah, Muhammadiyah International Malaysia dan Muhammadiyah International Thailand, Prihatin Malaysia, kelab 4x4 Perlis dan 4x4 Malaysia.

Perjalanan yang mencabar dengan hujan sepanjang perjalanan, bermalam 2 kali di tengah hutan belantara semasa pergi dan balik dengan perjalanan yang memakan masa selama 16 jam tanpa henti memberi sesuatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh sukarelawan. Dengan semangat kental dan kesabaran yang tinggi ditunjukkan oleh para peserta akhirnya sampai ke destinasi yang diimpikan iaitu pos Balar.

Kunjungan rombongan program dakwah ini pada musim tengkujuh yang berkebetulan dengan sambutan perayaan besar agama lain bertujuan untuk mendampingi masyarakat asli yang baru menganut agama Islam bagi memelihara akidah mereka daripada turut terlibat dengan aktiviti pihak lain.

Ironinya, kesan pengajaran dari program kembara kali  ini boleh diumpamakan dengan metod dakwah dari kisah Nabi Musa A.S dalam misi dakwah kepada kaum Firaun dimana ia dilakukan pada hari perayaan bangsa tersebut. Sehinggakan ramai manusia pengikut Firaun pada masa itu bertukar beriman kepada Allah S.W.T. (peristiwa mukjizat: tongkat menjadi ular).(Taha:20:56-73)

Nabi Musa menjawab: "Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu itu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha".(Taha:20:59) 

Di sini, kita mahu menekankan bahawa bukan mukjizat tongkat menjadi ular itu sebagai sandaran, tetapi definisi 'perayaan' itu yang seharusnya diambil beratkan.  Waktu dan ruangan masa tersebut adalah detik yang terbaik bagi para pendakwah jika berkemampuan untuk menyelitkan elemen dan menyebarkan risalah dakwah Islamiyah kepada mereka seperti mana kita mengambil contoh dan teladan daripada kisah nabi Musa tersebut.

Justeru, hikmah yang boleh diambil daripada program kali ini antaranya menguji kesabaran mental dan fizikal, mengisi ruang dakwah yang dikosongkan dan berkesempatan membantu pada masa diperlukan di mana musim tengkujuh ini adalah detik yang agak genting bagi mereka pabila tiada peniaga luar masuk untuk menjual barangan harian dan hasil tanaman tidak boleh diusahakan pada waktu itu.

Jadi sumbangan yang dibawa dan dihulurkan kepada mereka hasil sumbangan saudara-saudara seIslam di luar sana sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka pada musim tengkujuh ini. 

Semoga ukhwah dan kerjasama daripada pelbagai pihak ini berpanjangan dalam menjalankan misi-misi dakwah di perdalaman perkampungan orang asli di Malaysia. InsyaAllah.













Gambar perjalanan yang mengkagumkan!















1 komen:

Anonymous said...

hebat dan terbaik~

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...