PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

28 July 2011

KEMBARA DAKWAH POS BELATIM DAN POS BALAR, GUA MUSANG KELANTAN

13 Julai hingga 17 Julai 2011 : Ekspedisi Kembara Dakwah bulan Julai diteruskan ke Pos Balar dan Pos Belatim di Gua Musang, Kelantan disertai oleh lebih kurang 9 orang aktivis Yayasan Khalifah di bawah pimpinan En Shamsulmuddin. Syukur ke hadrat Illahi akan keadaan cuaca yang baik pada ekspedisi kali ini sekaligus memudahkan perjalanan aktivis untuk menjelajah hutan banat dan bukit-bukau sehingga sampai ke perkampungan asli yang dituju. Perjalanan ini memakan masa kira-kira 8 jam bermula dari Kuala Betis sehingga ke Pos Balar yang dihuni oleh suku kaum Temiar.

Disebabkan hujan pada petang hari pertama kami tiba di sana, membatalkan hasrat kami untuk meneruskan perjalanan ke Pos Balar dan Pos Belatim.  Pada malam pertama kami di sana, kami bermalam di kampung Balyek iaitu kampung yang terletak sebelum Pos Balar. Di situ, kami menikmati permandangan keindahan kampung yang merpersonakan kerana ia terletak di satu kawasan lembah yang dikelilingi bukit yang cantik.  Kampung Balyek didiami oleh lebih kurang 10 buah keluarga.


Keesokan harinya, kami meneruskan perjalanan ke Pos Belatim dan  singgah sebentar ke Pos Balar untuk  menunaikan solat Jumaat bersama penduduk kampung . Seusai solat Jumaat, mereka (orang kampung) dihidangi dengan majlis ‘cak raya’ yang disediakan rombongan kembara dakwah. Di sini, para aktivis mengambil kesempatan untuk mendekati  dan menyantuni orang kampung dengan lebih dekat. Ternyata mereka sangat peramah dan memberikan sambutan yang begitu baik pada setiap kali kunjungan kami ini. 


Memandangkan cuaca semakin gelap, bimbang kemungkinan akan hujan maka kami sekali lagi menangguhkan perjalanan ke Pos Belatim. Oleh itu, kami bermalam di Kg Balar Lama. Meneruskan aktiviti dakwah bil hal dengan menerapkan kaedah ‘dakwah dalam masakan’, kami berkerjasama dengan penduduk kampung untuk menyediakan juadah makan malam bersama-sama sambil  menekankan keindahan Islam dari sudut makanan yg baik (halal) dan sebagainya. Dengan cara ini ia memudahkan pemahaman penduduk yang baru memeluk Islam akan ajaran Islam yang secara dasarnya menitikberatkan kebersihan dan cara pemakanan yang baik. Seusai itu, kami menunaikan kewajipan sebagai hambaNya secara berjemaah bersama penduduk kampung. 

Keesokan hari kami meneruskan misi ziarah ke kampung seterusnya, kg Belatim dan kg Cherok. Di kg Cherok, aktiviti utama adalah ‘cak raya’ dan pemberian barangan asas iaitu gula, milo dan susu kepada penduduk kampung. Ini adalah kali pertama kami berprogram di kampung tersebut dan sambutan amat baik daripada penduduk kampung. 

Kemudian kami berpatah balik semula ke kg Dakoh dan bermalam di sana. Di sini, aktiviti ‘cak raya’ dijalankan dan kesempatan diambil untuk menjalankan tazkirah pendek terutama bab fardhu ‘ain memandangkan bulan ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi. 




Kami bertolak pulang dari kampung tersebut pada jam 10 pagi pada 17 Julai 2011 dan tiba di Kuala Betis kira-kira jam 3 petang.


19 Julai 2011: Kunjungan kecemasan ini membawa pulang jenazah seorang nenek (nenek kepada isteri En Shamsul) yang meninggal di Hospital JAKOA Gombak ke Pos Balar. Jenazah selamat dikebumikan di kampung halamannya Kg Ipes, Pos Balar. Takziah kepada keluarga En Shamsul.


3 komen:

Anonymous said...

best pengalaman kalian di kg asli pendalaman ni.. :)

Anonymous said...

alhamdulillah...mmg best. jomlah join

Yayasan Al-Khalifah said...

boleh rujuk pada jadual program di sebelah kiri website.. penyertaan amat dialu-alukan..

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...