PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

13 July 2011

JELAJAH 3 SUKU OA (SELETAR, KANAQ & JAKUN) JOHOR DARUL TAKZIM

9-10 Julai 2011:  Baru-baru ini, Pegawai Perhubungi Orang Asli , En Shamsulmuddin bersama saudara Azhar telah berkunjung ke negeri Johor untuk mencari 'sahabat' orang asli di sana. Orang Asli yang terdapat di negeri Johor terdiri daripada empat suku kaum iaitu Seletar, Kanaq ,Kuala dan Jakun. Untuk maklumam 3 suku kaum iaitu Seletar ,Kanaq dan Kuala hanya boleh dijumpai di negeri Johor sahaja ( tidak terdapat di negeri lain). Walaubagaimanapun, oleh kerana siri jelajah mengambil masa yang terhad, hanya 3 suku kaum yang dapat dijumpai iaitu Kanaq, Seletar dan Jakun.

Jelajah pertama adalah berkunjung ke Kg Selangi Kota Tinggi yang merupakan satu-satunya petempatan suku kaum Kanaq di Malaysia. Statistik daripada Jabatan kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kaum Kanaq ini merupakan suku yang mempunyai jumlah penduduk paling sedikit di kalangan 18 suku kaum asli di Malaysia dengan anggaran seramai 90 orang. Kampung berkenaan telah menerima bekalan elektrik selama 24 jam. Selain itu kemudahan air paip, jalan tar, surau dan tadika turut disediakan. Punca pendapatan tetap Orang Kanaq adalah melalui hasil kelapa sawit yang dilaksanakan oleh FELCRA. Kini, kesemua ahli suku Orang Kanaq telah menganut agama Islam. Malahan, terdapat juga perkahwinan campur antara Orang Kanaq dengan masyarakat luar di mana sebanyak 4 orang kanaq  berkahwin dengan orang Melayu. Orang Kanaq juga mempunyai bahasa tersendiri di mana pertuturan mereka seakan-akan bahasa Melayu dengan lenggok bahasa yang agak kasar.
Pintu masuk kg Sg Selangi di Mawai Kota Tinggi
En Shamsulmuddin bersama penduduk kampung (kanaq)

Kemudian kami mengunjungi kampung suku kaum Jakun  di kota Tinggi  iaitu kg Pasir Intan dan kg Sayong Pinang. Kampung ini  mudah diakses dari jalan luar dengan infrastruktur asas juga dibina oleh kerajaan. Kedua-dua kampung ini terletak  berhampiran jalan yang menuju ke pusat perlancongan air terjun kota Tinggi. Di sini, terdapat sungai besar yang masih menjadi nadi sumber rezeki kepada penduduk dan orang tempatan untuk menangkap ikan air tawar dan udang galah. Perubahan yang dapat dilihat di kg Sayong Pinang berbanding kunjungan sebelum ini adalah sekolah rendah baru sudah beroperasi, jeti baru untuk kemudahan nelayan juga telah dibina dan beberapa rumah bantuan PPRT juga sudah siap dibina.

Pintu masuk ke Kg Pasir Intan
Pintu masuk ke kg Sayong Pinang
Sungai yang menjadi nadi pencarian rezeki air tawar
Sekolah  rendah Sayong Pinang yang baru siap dibina
Pada hari Ahad, kami menjelajah kampung suku kaum Seletar yang berada di Johor Bahru iaitu kg Bakar Batu dan Kg Sg Temon. Orang Seletar dipercayai berasal dari Pulau Seletar dan Seletar, Singapura. Mereka adalah penduduk pribumi Singapura dan antara yang terawal menetap di pulau tersebut. Suatu ketika dahulu, Orang Seletar adalah sebahagian dari kaum Orang Laut yang tinggal di dalam sampan panjang serta hidup secara nomad di permukaan laut, pulau, persisiran pantai dan kuala sungai. Walaubagaimanapun, kini mereka sudah tinggal di kawasan darat Semenanjung Malaysia serta memiliki kawasan perkampungan mereka sendiri.

Orang Seletar kini tinggal di kawasan penempatan yang lebih teratur di selatan negeri Johor yang merangkumi 9 buah kampung semuanya. Kebanyakan mereka telah menganut agama Islam dan masih ada yang menganut anamisme.Malahan, ada di kalangan mereka yang mengusahakan kedai makanan laut (seafood).

Di kesempatan itu, kami telah bertemu dengan kedua-dua Tok Batin di kampung tersebut. Tok Batin Kais Bin Ki (Kg Bakar Batu) menyuarakan masalah yang dialami disebabkan pembangunan  pesat di Teluk Danga telah mengganggu ekosistem di pesisir pantai yang menjadi nadi pencarian rezeki penduduk kampung. Kesan daripada penambakan pantai menjadikan hidupan laut menjadi kurang kerana kurangnya paya bakau di sekitarnya.

Hal ini juga berlaku di kg Sg Temon. Tok Batin Salim  merupakan seorang pengusaha restoran makanan laut adalah satu-satunya orang asli Seletar yang masih memiliki sepenuhnya restoran makanan laut kepunyaan dirinya. Kebanyakan restoran makanan laut yang dahulunya diusahakan oleh suku mereka tetapi kini kebanyakannya sudah diambil alih pengusaha cina. Beliau meluahkan rasa kebimbangan itu dan faktor pembangunan yang tidak seimbang di kampungnya agak merungsingkan dirinya. Kebanyakan rumah penduduk masih rumah lama (binaan kayu) di  tanah rezab laut. Beliau berharap kerajaan dapat membantu mereka dari segi pembangunan insfrastruktur di kawasan tersebut untuk kepentingan generasi seterusnya.

Transit Pesakit JAKOA
Sdr Azhar bersama Tok Batin Kg Bakar Batu dan pegawai JAKOA negeri Johor
Perbincangan bersama Tok Batin Sg Temon di restoran miliknya
Kawasan Kg Sg Temon yang masih ketinggalan.   
En Shamsulmuddin bersama Tok Batin Salim
Pintu masuk ke restoran yang menggunakan bahasa asli Seletar

10 komen:

NIZA.Ati said...

ade signboard x tuk ke kg.temun tu? Sbbnye kalau melalui maps tu just tunjuk jalan sg.temun besar which kat kg.sg.danga. So, kalau dah masuk kwsn ade tunjuk arah ke kg.temun x?

yayasan al-khalifah said...

salam..rasanya x de..tapi signboard restoran makanan laut orang asli nampak.. zati masuk kawasan taman perling.. mudah dah kalo dari situ..

NIZA.Ati said...

Memang masuk dr perling, sbb straight je kan~ lgpun mmg otw dr perling tu nak ke Bukit Indah~ insyaAllah nak ke bukit Indah lps tu~

ilzaf said...

Bagaimana bayangan bahasa Seletar? berbezakah dengan Bahasa Melayu?

Yayasan Al-Khalifah said...

penggunaan biasa mereka menggunakan bahasa melayu biasa...tetapi mereka ada istilah2 mereka sendiri.. setiap 18 kaum asli ade identiti bahasa mereka sendiri.orang asli boleh bertutur bahasa melayu dengan baik terutama golongan muda..cuma yang dah berumur yang masih tidak berapa mahir bahasa melayu..

GPK HEM SKSD said...

Bahasa. Yg berlainan ..cth babi- isum. Anjing - angguk. Monnyet - ping. Biawak- jog ....
sampan - perhu. Kereta - nokar
Dan byk lg

GPK HEM SKSD said...

Utk pengertahuan semua ... tuan blh ikut jln tmn laguna ..sbb jln straight tu akn di tutup utk projrk pembgunan danga bay

Yayasan Al-Khalifah said...

terima kasih kepada GPK HEM SKSD akan info yang diberikan :)

Cikgu ED said...

Orang asli kaum Kanaq di Kg. Selangi adalah sangat pemalu. Agak sukar untuk berkomunikasi dengan anak-anak remaja. Bila di tanya sebarang soalan mereka lebih suka berdiam diri dan tersenyum sahaja sambil bercakap sesama mereka. Ada antara mereka yang mendaftar diri bersekolah di SK Mawai dan SMK Seri Aman. Kadar ponteng dan cicir dari alam persekolahan adalah sangat tinggi.

Baizura Yahya said...

Salam, nak tnya, berapa jumlah penduduk kampung sungai temun kecil dan kampung bakar batu? Dan, dimana lokasi kampung bakar batu?

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...