PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

03 May 2011

PROGRAM ZIARAH KG ASLI POS BALAR & POS BELATIM, GUA MUSANG KELANTAN

27-30 April & 1Mei: Dengan kekuatan seramai 14 orang jemaah, para sukeralawan dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Pusat Dakwah Serantau (Yayasan Amal) bersama-sama mengembeling tenaga menjayakan Program Ziarah Kg Orang Asli Pos Balar dan Pos Belatim, Gua Musang selama 5 hari.

Kembara dakwah  yang memakan masa 4 jam 'offroad' dengan menggunakan 2 buah pacuan empat roda,  membawa sukarelawan dakwah ke pendalaman belantara sejauh  90 KM dari Bandar Gua Musang. Ujian pertama adalah kedua-dua kenderaan tersangkut dalam sungai di pertengahan jalan. Alhamdulillah, bantuan telah diberikan oleh pekerja balak untuk menarik kenderaan peserta keluar dari sungai. Walaubagaimanapun, ujian dan dugaan yang  ditempuhi tidak sedikit pun tidak menggugat misi  program malah memberi iltizam dan kekuatan kepada peserta untuk berdakwah dan memberi sumbangan  kepada masyarakat orang asli.


Program-program telah diadakan di beberapa kampung seperti Kg.Balyek, Kg Ipes, Kg Perawas,Kg Balar Lama dan Kg Belatim. Antara aktiviti yang di lakukan bersama penduduk kampung ialah adalah aktiviti membersihkan kawasan rumah penduduk Kg. Balyek, solat jumaat bersama penduduk kampung di Surau Pos Balar (sudah masuk 2 bulan aktiviti solat  Jumaat diadakan di pos ini disebabkan penambahan komuniti Islam ), pertandingan sepak takraw antara penduduk kampung dengan kumpulan Yayasan Amal dan beberapa aktiviti modul bersama kanak-kanak asli. Pihak Yayasan Al-Khalifah telah menaja 3 set pakaian sukan untuk pasukan sepak takraw Kg Perawas (2) dan Kg Ipes (1) .

Antara ujian pertama, pajero tersangkut di anak sungai pertama yang kami lalui.

 
Cak Raya bersama penduduk Kg Balyek

Aktiviti membersihkan kawasan rumah penduduk


Peserta Orang Asli dan jersey tajaan YAK


0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...