PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

02 February 2011

Penjenamaan Baru- JHEOA Kepada JAKOA

Logo dan Nama baru (JAKOA)

18/01/201-  Pelancaran nama baru bagi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafei b Haji Apdal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Hotel Equatorial, Cameron Highland, Pahang pada 14 Januari 2011 yang lalu.

Penukaran nama ini selaras dengan hasrat kerajaan yang telah dibentang pada Bajet 2011 oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib b Tun Abdul Razak. Dalam Bajet tersebut dinyatakan bahawa Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) perlu diperkukuhkan dan disusun semula dengan nama baru, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Di majlis tersebut juga YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafei b Haji Apdal turut merasmikan Klinik Bergerak (JAKOA) pacuan empat roda yang di reka khas untuk memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada masyarakat Orang Asli di kawasan pendalaman.

Unit bergerak ini juga bertujuan menjayakan kempen ‘Nyah Cacing’ yang telah dilaksanakan sejak 2010 dengan sasaran utama kanak-kanak Orang Asli di Negeri Pahang, Perak dan Kelantan. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1 juta bagi kempen tersebut untuk memastikan masalah kesihatan berkaitan cacing dikurangkan.


ihsan dari web JAKOA

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...