PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

23 January 2011

ZIARAH KG JERDIP POS BROOKE

15-16 Jan 2011:

Ziarah Mahabbah ke Kg. Jedip kali ini melibatkan 12 tenaga sukarelawan. Walaupun ada antaranya baru pertama kali mengikuti program, tetapi berkat kerjasama dan pengongsian idea, semuanya berjalan lancar.

Aktiviti utama selain 'cak raya' ialah menyantuni kumpulan remaja dan kanak-kanak dengan aktiviti membersih rambut dan melancar ayat-ayat lazim. Untuk kaum ibu pula diedarkan pakaian terpakai.

Untuk kunjungan kali ini, kami dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang aktif bersama setiap kali kunjungan akibat kekurangan darah. Satu lagi berita sedih datang dari Kg. Kengkong yang melibatkan kematian Tok Batin Itam akibat penyakit TB. Kedua-dua kematian berselang hari sehari sebelum program. Para jemaah berkesempatan menziarahi keluarga kedua-dua arwah. 

Satu lagi isu yang timbul pada kali ini ialah masaalah tanaman kekacang yang diusahakan oleh  penduduk kampung yang tidak mengeluarkan hasil yang baik kerana kekurangan baja dan racun ulat. Mereka memohon bantuan agar usaha yang baru diterokai beroleh hasil yang baik.


'Grooming' kanak-kanak

Modul Kanak-kanak.

'Cak Raya'

Pembahagian Pakaian.

Ziarah balu arwah Penghulu Itam.

Tanaman Kekacang.

Tanaman kekurangan baja dan serangan ulat perosak.

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...