PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

07 January 2011

ZIARAH PERKENALAN KOA DESA TEMUAN DAN ULU KUANG SELANGOR

19 December 2010 :

i. KOA Desa Temuan ,Damansara Selangor

Surau penduduk asli di desa Temuan
Aktiviti hujung minggu tanpa melibatkan sukarelawan dan program khusus seperti kelaziman masuk kampung mengambil tempat di dua perkampungan Orang Asli suku kaum Temuan, KOA Desa Temuan dan KOA Ulu Kuang, Selangor.

Desa Temuan yang terletak di tengah bandar di kelilingi bangunan indah dan pusat membeli belah menjadi tempat pertama dikunjungi. Perkampungan asal datuk dan nenek dipanggil Bukit Lanjan, diteroka atas nama pembangunan dan hasilnya masyarakat di sini diberi penempatan baharu dengan rumah banglo sebagai pampasan.

Segala kemudahan asas terdapat disini termasuk sekolah rendah dan surau. Walaupun tidak berapa ramai saudara baru, tetapi difahamkan aktiviti surau berjalan baik dengan diterajui seorang penggerak yang duduk disitu. Hajat untuk berjumpa beliau tidak kesampaian.

Penduduk kampung  sedang bersukan
Beberapa rungutan disuarakan oleh penduduk antaranya masalah kos bil air dan eletrik yang perlu dibayar termasuk cukai pintu dan tanah yang sepatutnya ditanggung oleh pemaju. Sumber pendapatan makin lama makin berkurang yang mana kebanyakannya masih bergantung pada sumber asal getah dan buah-buahan dari kawasan ladang lama yang belum dimajukan.


Walaupun banyak terdapat peluang pekerjaan di sini tetapi ramai yang tak mampu merebutnya atas faktor kurang pendidikan dan kemahiran. Ramai yang terpaksa menyewakan rumah dan kembali tinggal di kampung-kampung seperti di Gombak dan Ulu Langat.


ii.KOA Ulu Kuang, Rawang Selangor

KOA Ulu Kuang
Perkampungan kedua dikunjungi, KOA Ulu Kuang terletak di pertengahan jalan lama antara Sg. Buluh dan Rawang. Masih bercirikan kampung tetapi kebanyakan rumah disediakan oleh pehak kerajaan dan Lembaga Zakat untuk orang Islam.

Terdapat seorang penggerak Orang Asli sendiri tetapi kebetulan tidak dapat ditemui. Hasil dari sembang-sembang dengan beberapa penduduk, mereka mengadu tentang masaalah habuk dan pencemaran bau dan sungai yang menimbulkan masaalah dalam kehidupan mereka. Pekampungan ini berhampiran dengan kuari batu dan kilang baja.

Kuari di belakang kawasan perkampungan Ulu Kuang

0 komen:

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...