PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

18 December 2010

PROGRAM DAKWAH KAMPUNG KUALA TAHU, POS BROOKE KELANTAN (11-14 DIS 2010)

Alhamdulillah, pada 11- 14 Disember lepas pihak Yayasan Al-Khalifah telah membuat satu program ke perkampungan orang asli yang paling dalam dan mundur di dalam kawasan Pos Brooke iaitu kampung Kuala Tahu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih ‘offroad’ disebabkan keadaan jalan yang agak teruk disebabkan musim hujan dengan melalui kawasan ladang sayur Lojing. Perkampungan ini adalah kunjungan untuk kali ketiga kami ke sini.

Kampung Kuala Tahu, berpenduduk lebih kurang 50 orang terdiri daripada dua penempatan yang berbeza. Kampung ini masih tidak mendapat prasana bantuan daripada kerajaan di mana tiada kemudahan rumah,air dan elektrik. Masalah utama di sini adalah petempatan lama mereka telah diteroka oleh peneroka ladang sayur milik warga Singapura tetapi tiada pampasan setimpal untuk mereka. Dan lebih malang pemilik ladang sayur tersebut tidak mahu mengambil orang asli di sini sebagai pekerja di ladang. Keadaan ini menyukarkan kehidupan mereka untuk menyara hidup seharian.

Walaubagaimanpun, Syukur kepada tuhan pencipta alam, kunjungan kali ini telah membuahkan hasil di mana seramai lebih kurang 21 orang penduduk kampung terbuka hati untuk menerima Islam sebagai agama yang benar. Alhamdulillah, majlis ‘pengislaman’ telah dilakukan pada hari tersebut.

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk. (an-nahl:125)      










5 komen:

NIZA.Ati said...

alhamdulillah... 21org telah di islamkan pada misi kali ini... sekali lagi maaf kerna tidak dapat join pada saat akhir sedangkan hati ini meronta tuk pergi ^^

Yayasan Al-Khalifah said...

insyaAllah,byk lagi trip sebegini akan datang..kehadiran zati sebagai rakan dakwah wanita amat diperlukan untuk golongan sasaran seperti perempuan dan kanak.. :)

Yayasan Al-Khalifah said...

meh join ke pos balar..
~destinasi yang pasti mencabar rohani da jasmani lagi musim monnun gini...

`balar monsun trail~

NIZA.Ati said...

teringin sangat nak ke balar... tp diz mmg xdapat... kwn baik bertunang dan mak baru balik dr labuan...dah 20hari tak jumpe mak...insyaAllah...bile ade rezeki nt k.. :)

Illinois Tile Installation said...

Nicee share

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...