PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

06 October 2010

SAMBUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KG ASLI GUMUM, TASIK CHINI PAHANG

Kg Asli Gumum, 1 Oktober 2010 - Majlis sambutan 'Hari Raya Aidilfitri dan Ramah Mesra' bersama penduduk kampung Gumum diadakan secara meriahnya bersama pemimpin-pemimpin tempatan dan penduduk sekitar . Turut menghadiri 'rumah terbuka' ini adalah ADUN Kawasan Chini, YB. Dato Abu Bakar bin Harun sebagai tetamu terhormat. Program yang telah diadakan untuk tahun kedua berturut-turut ini dianjurkan oleh JKKK kampung Gumum sendiri dengan kerjasama Yayasan Al-Khalifah, Yayasan Rahah, JAKIM, PERKIM dan ABIM. Penyediaan makanan tradisional , lauk pauk dan kuih muih disediakan dan dibuat oleh orang kampung secara bergotong royong. Pada  sambutan tersebut,  pembahagian duit raya dan hamper telah disumbangkan  untuk penduduk tempatan.




0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...