PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

30 September 2010

SEMINAR TOK-TOK BATIN DAN ORANG ASLI NEGERI SEMBILAN

Kelana Hotel, Seremban Negeri Sembilan- Pada 6 Ogos 2010 yang lalu, satu seminar kepimpinan untuk ketua-ketua dan pemimpin orang asli telah diadakan dengan jayanya buat pertama kalinya oleh Perkim. Dengan bertemakan "Seminar Tok-Tok Batin dan Orang Asli Negeri Sembilan". Ia berjaya menarik ramai penyertaan daripada pemimpin-pemimpin orang asli di setiap daerah di dalam Negeri Sembilan seperti Jelebu, Kuala Pilah, Rembau dan Seremban di mana penyertaannya melebihi 100 orang peserta. 2 orang wakil daripada pihak Yayasan Al-Khalifah telah diundang untuk menghadiri seminar ini. Kursus selama sehari itu menampilkan tokoh-tokoh terkemuka untuk pembentangan dan taklimat berkenaan 'Kepimpinan dalam Organisasi' di mana salah seorang penceramah jemputan adalah ketua Yayasan Al-Khalifah sendiri, iaitu Dato' Dr Hj Abd Razak bin Hj Kechik. Perasmian penutup seminar oleh YB Dato Haji Hasim bin Rusdi iaitu pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar bandar dan Hal Ehwal Pengguna Dan Kemudahan Awam.
 
Ceramah daripada Dato Dr Razak bin Kechik







0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...