PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

12 September 2010

HARI TERAKHIR IHYA RAMADHAN POS BROOKE

Program Ihya' Ramadhan Pos Brooke anjuran YAYASAN AL-KHALIFAH  dengan mendapat kerjasama daripada PERKIM KEBANGSAAN serta sokongan  penderma-penderma berakhir pada 5 Ogos 2010 bersamaan 26 Ramadhan 1431H.

Hari-hari terakhir program disertai oleh pensyarah dan sukarelawan-sukarelawan dari Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU) diketuai oleh ustazah Syariah (Pensyarah dan bekas ahli COMRADE UIAM) dan Ustazah Cik Da dari Darul Quran Kuala Kubu Baru, Selangor.

Selama 2 hari, pelajar-pelajar mengambil peluang membuat kuih raya bersama orang kampung disamping sembahyang fardhu dan terawih bersama. Sembahyang Isya' dan terawih diimamkan oleh Azhar dan tazkirah oleh Shamsul.

Semua staff dan sukarelawan bergerak pulang pada jam 11  malam diiringi dengan perasaan sayu bersama penduduk kampung .

Untuk 3 hari terakhir Ramadhan, surau kg Jerdip Pos Brooke akan diimarahkan oleh imam yang dilatih daripada kalangan penduduk Orang Asli sendiri iaitu saudara Sani dari Kampung Jelgel.

Untuk sambutan Hari Raya pos Brooke , pihak Yayasan Al-Khalifah berjanji untuk meraikannya bermula pada hari memasak, 9 Ogos hingga Hari Raya 10 Ogos (30 Ramadhan dan 1 Syawal). Wassallam. 
    

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...