PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

25 July 2010

JELAJAH INTEGRITI 2010 " ALAM LESTARI INTEGRITI ASLI"

JELAJAH INTEGRITI 2010 "ALAM LESTARI INTEGRITI ASLI"

Institut Integriti Malaysia (IIM) Dengan Kerjasama Setiuasaha Kerajaan Negeri Kelantan Dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Menganjurkan Jelajah Integriti 2010 Di Pos Balar Dan Pos Brooke, Daerah Gua Musang, Kelantan pada 2-8 Julai 2010 .Bertemakan ”Alam Lestari Integriti Asli,” acara ini bertujuan untuk membawa duta-duta muda IIM ke pelusuk negara sendiri untuk mempelajari mengenai orang Asli dan mendekati alam semulajadi bakal warisan generasi muda yang terdapat di Gua Musang, Kelantan. Objektif program Jelajah Integriti 2010 adalah untuk berkongsi pengalaman bersama masyarakat Orang Asli khususnya mengenai isu pendidikan, sara hidup dan gaya hidup masyarakat Malaysia.

Pelbagai acara menarik telah dijalankan untuk masyarakat sekitar daerah Gua Musang . Program ini telah melibatkan 40 orang pelajar daripada 6 buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang terdiri daripada
ahli-ahli “Integrity Business Club” dan ahli-ahli Rebung Alumnus Club (CSR Rebung). 6 buah universiti termasuk Universiti Teknologi Petronas, Management & Science University, Universiti Tun Abdul Razak, Universiti Tenaga Nasional Bangi dan Muadzam Shah dan Nottingham University Business School.

Program berbentuk modul pendidikan untuk orang dewasa dan pelbagai aktiviti permainan untuk kanak-kanak telah dilakukan beserta dengan aktiviti riadah bertujuan untuk merapatkan jurang antara etnik dan wilayah. Lebih kurang 700 kanak-kanak di Pos Balar dan 1700 kanak-kanak di Pos Brooke turut serta dalam menjayakan acara - acara tersebut. Selaku penganjur bersama acara Jelajah Integriti 2010, IIM mengharapkan acara ini akan menjadi titik permulaan dalam menyemai benih-benih integriti asli dan mendalami semangat ”jelajah” iaitu meneroka integriti alam lestari dan menjiwa maksud sebenar pembangunan berintegriti yang asli.

Yayasan Al-Khalifah telah dijemput oleh IIM untuk turut serta dalam program Jelajah Integriti bersama badan-badan kerajaan dan NGO lain. Namun, pihak yayasan tidak berada lama dalam program seminggu tersebut (hanya 2 hari sahaja) kerana pada minggu tersebut yayasan sibuk menguruskan perjalanan program di perkampungan  asli Lubuk legong Baling Kedah.




0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...