PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

16 June 2010

PROGRAM DAKWAH YAK DI KG ASLI LEGONG, BALING, KEDAH

Kampung Lubuk Legong

Kampung Lubuk Legong adalah satu-satunya perkampungan asal Orang Asli dari suku Kaum Kensui (kumpulan Negrito) di semenanjung Malaysia. Kampung ini terletak kira-kira 13 km dari Bandar Baling dan telah dikategorikan sebagai perkampungan pinggir bandar. Pekan yang terdekat ialah pekan Kampung Lalang yang jaraknya hanya

3 km serta dikelilingi oleh kampung-kampung Melayu lain. Keunikan dan juga daya tarikan utama masyarakat luar ke kampung ini ialah terdapatnya satu Kolam Rekreasi Air Panas, Ulu Legong. Kolam semulajadi ini telah dinaik taraf dan menjadi tarikan kepada pengunjung-pengunjung sekitar negeri Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.

Kegiatan ekonomi utama penduduk kampung adalah menoreh getah, mencari hasil hutan, kerja-kerja kontrak pertanian dan pembinaan. Disini terapat kemudahan asas yang baik seperti perumahan, jalan raya, air dan eletrik yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Terdapat sebuah surau untuk kegunaan umat Islam dan dua orang penggerak JAKIM ditugaskan sepenuh masa. Jumlah penduduk di kampung ini seramai 260 orang, terdiri dari 60 buah keluarga. Terdapat 80% penduduk telah memeluk Islam, manakala baki 20% masih menganut kepercayaan nenek moyang mereka. Namun begitu, mereka yang menganut Islam di sini mengamalkan ibadah keagamaan dengan belum sempurna. Sehubungan dengan itu juga, terdapat ramai remaja lelaki dan wanita yang terdedah ke dalam aktiviti sosial yang negatif seperti arak, judi dan pergaulan bebas.

Pendidikan formal yang terdapat disini ialah sekolah rendah kebangsaan serta sekolah menengah kebangsaan yang masing-masing berada 3 km dan 5km dari Kampung Lalang. Tahap keciciran pelajaran adalah tinggi iaitu 40% dari kelompok masyarakat adalah remaja dan kanak-kanak berumur 15 tahun kebawah yang mana hanya 20 orang bersekolah rendah dan 4 orang disekolah menengah. Walaubagaimanapun, pada masa ini, terdapat seramai 25 orang anak-anak warga Kensui yang tercicir di alam persekolahan belajar di Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli Kok Lanas, Kelantan dibawah anjuran Islamic Outreach ABIM (IOA).


CADANGAN PROGRAM

• PROGRAM 1: SAMBUTAN ISRA’ MIKRAJ

TARIKH: 10-11 Julai 2010 (Sabtu & Ahad)

TEMPOH: 2 hari

TENTATIF PROGRAM: Dalam perancangan

PERBELANJAAN: RM 2000 (Anggaran)


• PROGRAM 2: SAMBUTAN IHYA’RAMADHAN

TEMA: “ Semarak Penghayatan Ramadhan “

TARIKH: 1 Ramadhan/11 Ogos (Rabu) – 30 Ramadhan 1431H/9 September 2010M (Khamis)

TEMPOH: 30 Hari

PERBELANJAAN:

o Makanan Berbuka Puasa (Iftar) + Kurma

o RM 1.00 x 30 Hari x 260 (penduduk) = RM 7, 800




0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...