PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

16 February 2012

EKSPEDISI POS BELATIM & POS BALAR SEMPENA MAULIDURRASUL 1433H

3-7 Feb 2012: Sempena sambutan maulidurrasul tahun ini pihak Yayasan Al-Khalifah telah mengadakan ekspedisi dakwah di perdalaman Gua Musang iaitu Kampung Orang Asli  Pos Belatim yang mana jaraknya lebih jauh dan mencabar berbanding perkampungan asli Pos Balar. 

Walaubagaimanapun, keadaan perjalanan kali ini lebih baik berbanding ekspedisi 'Monsun Trail' ke Pos Balar pada bulan Disember lalu dimana ia diadakan sewaktu musim tengkujuh.

Walaupun peserta kali ini hanya disertai oleh sukarelawan lelaki sahaja, tetapi perlibatan dalam program yang diadakan di sana amat membanggakan. Pelbagai aktiviti bersama penduduk terutama kenduri, sukaneka dan tayangan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Justeru program sempena meraikan maulidurrasul ini bukan sahaja dapat menyemai cinta kepada Rasululllah kepada penduduk asli kampung malah kepada para sukarelawan juga.

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ini pernah berpesan kepada kader-kader dakwah ;

"Seorang pendakwah yang memiliki watak yang hebat adalah seorang pendakwah yang memiliki aqidah yang selamat. Ini adalah tunjang dan perkara yang paling asas. Ia diibaratkan seperti pokok, ianya akan bertahan dan kuat sekiranya akarnya sihat dan memanjang sehingga ke dalam bumi. Aqidah yang utuh akan menghasilkan akhlak yang terpuji. Maka, contoh yang terbaik adalah Rasulullah s.a.w. yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.”

Benarlah, hanya dengan memiliki aqidah yang menjadi tunjang kekuatan peribadi Muslim membuatkan kita sentiasa melihat dan percaya bahawa setiap halangan dan ujian yang kunjung tiba itu mempunyai nilai positif yang besar di sisi Allah. Mustahil Dia membiarkan kita sengsara memperjuangkan agamaNya.

Allah juga menerangkan dalam Surah Al-Fushilat ayat 33 yang memberikan kita motivasi untuk terus menerus berada di jalan dakwah :

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”

Maka, jika seluruh umat Islam memahami dan menghayati ayat ini tidak mustahil bumi ini subur dengan keadaan yang cukup harmoni, aman dan sejahtera.








Gambar XPDC Maulidurrasul Pos Belatim dan Pos Balar selanjutnya boleh dilihat di SINI

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...