PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

29 March 2019

**LAPORAN PENUH IHRAM PROJECT 2018 @ YAYASAN AL-KHALIFAH**

IHRAM PROJECT 2018 adalah singkatan perkataan program Ihya Ramadhan Bersama Masyarakat Minoriti (Orang Asli) bagi tahun 2018/1439H dengan tema 'Sinar Ramadhan Belantara' di bawah pengurusan NGO Yayasan Al-Khalifah serta bekerjasama dengan rakan strategik agensi/ NGO Islam lain.

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Illahi, dengan sokongan seluruh tenaga kerja jawatankuasa, sukarelawan, media dan penyumbang dana telah berjaya menganjurkan program ini ke perkampungan orang Asli seluruh Semenanjung Malaysia dengan jumlah lebih 42 BUAH PERKAMPUNGAN ORANG ASLI

------------------------------------------

# KAMPUNG ORANG ASLI TERLIBAT DALAM JELAJAH IHRAM PROJECT 2018:

(Negeri Terlibat: Kelantan, Perak, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu & Kedah)

Kelantan
Gua Musang :
•Pos Balar- Kg Perawas, Kg Balar Lama, Kg Dakoh, Kg Balyek, Kg Ipes, Kg Peng, Kg Tembaga, Kg Telur, Kg Tidag, Kg Manjoi
•Pos Belatim- Kg Penusin, Kg Belatim
•Pos Bihai- Kg Kuala Suma
•Kuala Betis- Kg Lambok

Perak
Sg Siput:
•Pos Kuala Mu-Kg Bersah,Kg Kuala Mu,Kg Gapeh Hulu,Kg Gapeh Hilir,Kg Toi
•Pos Yum- Kg Kotai, Kg Beswok,Kg Yum, Kg Mangyis, Kg Pendeq
Pengkalan Hulu:
•Kg Bukit Asu
Lenggong:
•Kg Air Karah
Tanjung Rambutan:
• Kg Tonggang

Pahang
Jerantut:
•Kg Sg Kucing
Kuala Lipis
•Pos Lenjang- Kg Rakoh

Johor
Kota Tinggi:
•Kg Sayong Pinang, Kg Pasir Intan, Kg Kempas Menang

Kedah
Baling:
•Kg Lubuk Legong

Selangor
Gombak:
•Kg Batu 16, Kg Sg Larah

Negeri Sembilan
Johol:
•Kg Ayer Pesom, Kg Langkap Dangi,Kg Air Lerek, Kg Air Runtuh, Kg Air Pulasan

Melaka
Alor Gajah:
•Kg Bukit Payong

Terengganu
Besut:
•Kg Sg Sayap

-------------------------------------------

# SUKU KAUM ORANG ASLI YANG TERLIBAT DALAM IHRAM PROJECT 2018:

9 daripada 18 suku kaum Orang Asli Malaysia:
Temiar, Semai, Bateq, Kensiu, Kintak, Jakun, Temuan, Lanoh, Semaq Beri

------------------------------------------

# SUMBANGAN IHRAM PROJECT 2018:

Alhamdulillah, DANA terkumpul kempen IHRAM PROJECT 2018 yang telah disampaikan dalam pelbagai bentuk kepada asnaf muallaf Orang Asli dianggarkan RM50K ± (Nilai ini termasuk bantuan berbentuk TUNAI & berbentuk FIZIKAL barang).

• KEMPEN #BERAS4ASNAFOA :

Jumlah BERAS PEK (5 kg) = 1,000 PEK bersamaan 5,000 KG bernilai RM13,000*

• KEMPEN IFTAR/ KENDURI 'CAK RAYA'= RM11,000*
-Tajaan berbuka puasa secara SEBULAN (30 hari) bagi Madrasah Darul Salam, Pos Kuala Mu Sg Siput Perak.
-Aktiviti Iftar @ Cak Raya juga dilakukan di tempat lain iaitu Pos Lenjang, Pos Balar, Pos Yum, Kg Lambok

• KEMPEN TAJAAN TERBUKA (UMUM):
Projek #RamadhanKit & #SyawalKit = RM14,000
Projek #Kurma4OA= RM2,500 (50 kotak kurma 10 Kg)
Projek #kuihraya4OA= RM2,200 (220 unit)
Projek #solatkit4OA= RM1,000*
Projek #bajuraya4OA= RM4,000*
Projek #beraspulut4OA= RM2,500

Dan LAIN-LAIN SUMBANGAN UMUM yang dibawa terus oleh sukarelawan ke lokasi program ..

(BERTANDA * - NILAI ANGGARAN kerana kebanyakan sumbangan diterima secara bentuk 'fizikal' barang)

• LEBIH 1000 KELUARGA ORANG ASLI MENDAPAT MANFAAT SUMBANGAN IHRAM PROJECT 2018

• LEBIH 100 SUKARELAWAN TERLIBAT BERSAMA

• REKOD TAHUN 2018 ADALAH 100% ANJURAN DI LOKASI DIHADIRI SENDIRI STAFF YAK

-----------------------------------------

JADUAL PENUH PROGRAM IHRAM PROJECT 2018 (TERLAKSANA):

12 Mei: Kg Tonggang, Tanjung Rambutan,Perak (Suku Temiar)
16 Mei: Ambang Ramadhan @ Madrasah Darul Salam, Pos Kuala Mu, (Kg Bersah,Kg Kuala Mu, Kg Gapeh Hulu,Kg Gapeh Hilir, Kg Toh) Sg Siput U, Perak (Suku Temiar)
17-20 Mei: Pos Balar (Kg Perawas, Kg Balar Lama, Kg Dakoh, Kg Balyek, Kg Ipes, Kg Peng, Kg Tembaga, Kg Telur, Kg Tidag, Kg Manjoi), Pos Belatim. (Kg Penusin, Kg Belatim), Pos Bihai (Kg Kuala Suma), Gua Musang Kelantan (Suku Temiar)
22 Mei: Kg Batu 16 Gombak & Kg Sg Larah, Ulu Yam Selangor (Suku Temuan)
24 Mei: Kg Lambok, Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan (Suku Temiar)
25-27 Mei: Kg Rakoh,Pos Lenjang, Kuala Lipis Pahang (Suku Semai)
29 Mei 2018: Kg Sg Sayap, Besut Terengganu (suku Bateq)
30 Mei 2018: Kg Lubuk Legong, Baling Kedah (suku Kensiu)
30 Mei 2018: Kg Bukit Asu, Pengkalan Hulu, Perak (suku Kintak)
31 Mei 2018: Kg Air Karah, Lenggong, Perak (suku Temiar + Lanoh)
2-3 Jun 2018: Pos Yum (Kg Yum, Kg Kotai, Kg Beswok, Kg Mangyis, K Pendeq), Sg Siput U, Perak (Suku Temiar)
5 Jun 2018: Kg Ayer Persom, Kg Langkap Dangi, Kg Air Lerek, Kg Air Pulasan, Kg Air Runtuh, Kuala Pilah Negeri Sembilan (Suku Temuan)
5 Jun 2018: Kg Bukit Payong, Alor Gajah, Melaka (Suku Temuan)
7-8 Jun 2018: Kg Sg Kuching, Ulu Tembeling,Taman Negara Pahang, Jerantut, Pahang (suku Semaq Beri)
9-10 Jun 2018: Kg Sayong Pinang, Kg Pasir Intan, Kg Kempas Menang ,Kota Tinggi, Johor (Suku Jakun)
14-15 Jun 2018: Sambutan ambang 1 Syawal (Pos Balar, Kelantan + Pos Yum dan Pos Kuala Mu, Perak)

__________________

Justeru, infiniti ucapan kesyukuran dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat terutama para dermawan dan sukarelawan IHRAM Project 2018 @ Yayasan Al-Khalifah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Maka, bersamalah kita menghidupkan hari raya Aidilfitri kali ini dengan penuh rasa taqwa hasil dari ketaqwaan bulan Ramadhan yang lalu.

Sesungguhnya “Dengan Taqwa Lebaran Lebih Bermakna”.

Terima Kasih,

Salam perjuangan,

Nor Azhar B Mohamed
Pengarah IHRAM Project 2018 @
Pengurus Pembangunan Program Yayasan Al-Khalifah
Whatsapp: +60 11-11317842



Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...