PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti misi kemanusiaan & dakwah Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat pengecualian cukai (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 ) dan disalurkan ke dalam akaun

Al-Khalifah Foundation : 564016118396
_____________________________________________________________________

06 December 2011

PROGRAM 'CHARITY DRIVE TO POS TOHOI' GUA MUSANG KELANTAN

25-28 November 2011- Program asal  'Charity Drive' yang  sepatutnya ke perkampungan Asli Pos Simpor terpaksa ditukar laluan ke Pos Tohoi kerana keadaan jalan 'offroad' yang sukar dilalui akibat hujan lebat beberapa hari sebelum misi pengembaraan. 

Konvoi yang dianggotai oleh pelbagai badan NGO dan kelab kenderaan 4x4 telah diberi nama sebagai 'Jemaah Persaudaraan Islam Kuala Lumpur', nama yang diberi sendiri oleh Sdr Shamsul selaku penyelaras program kali ini.  Konvoi sebanyak 11 buah kenderaan 4x4 telah membawa barang-barang sumbangan untuk penduduk asli Pos Tohoi dengan anggaran 112 buah keluarga dan penduduk lebih kurang 500 orang.

Pada masa yang sama, turut diadakan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan 2012 iaitu penyerahan wang RM100 kepada semua pelajar orang asli di dewan asrama Sek Keb Tohoi. 

Selain itu, beberapa aktiviti telah diadakan oleh peserta misi  'Charity Drive' kepada penduduk kampung seperti ziarah mahabah, pemberian pakaian terpakai dan  kenduri spesial 'nasi beriyani'.


 
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua peserta yang turut serta menjayakan  xpdc kali ini terutama Pak Hamid dan Datin Suri (Food for Homeless Program), Abg Rizal (Kelab Kembara 4x4), kelab PDRM 4x4 Team, dan pelajar Darul Quran KKB.

3 komen:

Anonymous said...

tahniah kerana program ni berjaya walaupun kesukaran dihadapi pada permulaannya..:)

Yayasan Al-Khalifah said...

terima kasih..semoga dapat program bersama suatu hari nanti..

Pak Mid said...

Terima kasih kepada rakan2 yang telah menjayakan program Charity drive. Insyallah kalau ada rezeki kita akan sambung lagi program kita. Insyallah.....

Pak Mid.

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...