PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

28 May 2011

EKSPEDISI DAKWAH POS LEMOI, CAMERON HIGHLAND PAHANG

21&22 MEI 2011: Pengembaraan dakwah ke belantara Cameron Highland baru-baru ini menjadi kenangan yang terindah kepada para aktivis Yayasan Al-Khalifah. Marhalah dakwah mengharungi pelbagai ranjau dan cabaran perjalanan menjadikan ia sesuatu yang cukup istimewa.

Boleh dikategorikan sebagai 'hardcore' bagi perjalanan ke Pos Lemoi ini apabila segala pakej kesukaran 'offroad' bagi peminat 4x4 ada di sini. Jalan berselut melebihi paras lutut, batuan air terjun menghampari perjalanan, kesukaran mendaki dan menuruni bukit yang licin dan berlongkang dalam, gaung di kiri kanan dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, ianya cuma cabaran fizikal yang tidak mematahkan semangat kami untuk menuju ke perkampungan asli  walaupun akhirnya terpaksa berjalan kaki berjam-jam lamanya.  Ianya cuma sekelumit dugaan daripada Allah untuk orang yang berjuang pada jalan-Nya seperti firman Allah di dalam Quran;

“Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan saja mengatakan ‘kami telah beriman’ padahal mereka tidak di uji ?" Al-ankabut: 2

Lantas, ia menjadi inspirasi bagi kami untuk  lebih cekal dan tabah menghadapi situasi seperti ini.

Kegigihan jelas ternampak di wajah aktivis wanita membawa anak-anak asli kecil ke perkampungan untuk memastikan mereka selamat dan aktivis lelaki berjuang melawan kesukaran jalan bagi memastikan 2 buah kenderaan 4wd yang dibawa selamat sampai ke perkampungan hingga  ke dinihari.

Namun apakan daya, kenderaan menghadapi  batasnya apabila gagal untuk  mengharungi selut yang dalam di pertengahan jalan. Setelah membuat perbincangan, sebahagian bermalam di tengah belantara untuk menjaga kereta manakala yang lain meneruskan misi mencari bantuan orang kampung.

Keesokkan paginya, orang kampung beramai-ramai membantu mengeluarkan kenderaan kami yang tersangkut. Sebahagian aktivis yang sudah berada di perkampungan membuat modul untuk kanak-kanak dan menziarahi rumah penduduk. Ternyata penduduk kampung Pos Lemoi agak peramah dan mudah didekati. Lebih-lebih lagi dipimpin oleh Tok Batin Zainal yang amat peramah dan berdedikasi untuk membantu kami.

Tapi, kami tidak berada lama di kampung tersebut  kerana perlu keluar dengan segera disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Alhamdulillah, perjalanan keluar  tidak sesukar perjalanan masuk ke kampung. Akhirnya, kami selamat keluar ke jalan besar ketika hari sudah menuju senja.

Bersyukur kepada tuhan  pencipta alam dan terima kasih pada layanan mesra penduduk kampung Pos Lemoi. InsyaAllah kami akan kembali  pada masa mendatang..










2 komen:

NIZA.Ati said...

C0ngrats~
"Dan sesungguhnya telah tetap janji kami kepada hamba-hamba kami yang menjadi rasul.(iaitu) sesungguhnya mereka itulah yang pasti mendapat pertolongan.Dan sesungguhnya tentera kami itulah yang pasti menang"(shaffat:171-173).

Yayasan Al-Khalifah said...

terima kasih atas sokongan saudari akan aktiviti YAK.. semoga mempunyai kesempatan untuk bersama lagi..di masa-masa mendatang.. insya Allah...

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...